Saturday, January 22, 2011

KISAH 1.4 KHALID AL WALID


DI SINI TUMPAHNYA KASIH


Malam semakin larut. Padang pasir yang tandus itu disulungi suasana sepi. Bulan purnama yang tergantung di dada langit bersinar terang dan sesekali angin gurun bertiup kencang menerbangkan debu-debu halus.”Apa nama tempat ini?”Tanya Yazid yang masih bersandar pada bongkah batu besar.”Saya suka dengan suasananya yang sepi, tidak seperti kota Mekah yang sentiasa sibuk siang dan malam. Sebentar tadi dia terlena kepenatan, kemudian Yazid terjaga semula.
”Ul Halifa.”jawab Khlaid bin Walid.”Saya juga sukakan tempat ini. Sebab itu saya memilih kawasan inik sebagai tempat bermalam.”
“Saya berasa selamat berada di sini kerana batu-batu yang besar ini boleh dijadikan tempat berlindung daripada binatang buas dan penyamun padang pasir,”ujar Yazid lagi.
“Tempat ini mengingatkan saya pada Walid.”
“Walid?” Yazid kehairanan.”Bukankah itu nama ayah tuan?”
“Dia adik kami yang bongsu,”jawab Khalid bin Walid.
“Namanya sama dengan nama ayah tuan”?Yazid meminta kepastian.”Masyarakat kami selalu menamakan anak lelaki mereka mengikut nama bapa.”terang Khalid.”mengapa dengan Walid? Adakah dia masih hidup?”Tanya Yazid.”Walid terlebih dahulu memeluk Islam daripada kita. Sekarang dia berdamping rapat dengan Muhammad. Dia juga yang menyebabkan saya mahu bertemu Muhammad,”jawab Khalid bin Walid.
“Apa kisah menarik pengislamannya?”Tanya Yazid.”Saya harap tuan sudi menceritakannya bagi manfaat saya.”
“Kita nikmati dahulu daging yang sudah masak ini,”ujar Khalid.”Sebenatar lagi saya ceritakan mengenai Walid kepada saudara.” Yazid bangun lalu duduk di samping Khalid bin Walid. Mereka bersama sama memakan daging panggang itu.”Daging apa ini? Rasanya lazat. Baunya menyelerakan walaupun hanya dipanggang,”kata Yazid.”Ini daging dhab,”jawab Khalid.”Dhab?Biawak padang pasir itu?” yazid tidak sedar bila masanya Khalid pergi memburu dhab.
“Dagingnya sesuai dimakan bagi menambah tenaga dan menjaga kesihatan. Inilah daging kegemaran saya,”ujar Khalid lagi sambil menguyah makanan kegemarannya.”Saya lebih tertarik mahu mendengar cerita mengenai Walid, adik tuan itu,”balas Yazid lalu mengigit daging dhab yang dipegangnya. Perutnya yang lapar membuatkan dia makan dengan berselera sekali.”Saudara berasal dari mana?” Khalid mahu tahu latar belakang Yazid.”Saya berasal dari Yaman. Saya suka merantau jauh kerana mahu mencari kebenaran. Apabila mendengar mengenai seorang lelaki di Mekah yang mengaku dirinya adalah nabi, saya terus mahu bertemu dengannya,”terang Yazid.”Tetapi apabila saya sampai Mekah, dia sudah berhijrah ke Madinah.”
“Dia adalah Muhammad. Kita dapat bertemu dengannya apabila sampai di madinah nanti,” balas Khalid bin Walid.
“Saya rasa kita pernah bertemu kerana saya sudah lama berada di Mekah. Saya mengenali ramai pemimpin Quraisy termasuk Abu Lahab. Saya juga mengenali tuan, tetapi tuan tidak mengenali saya kerana saya hanya pengembara,”kata Yazid. Yazid melihat Khalid ketawa kecil buat pertama kali. Dia hanya tersenyum.
“Saya tidak sabar mahu mendengar kisah Walid sebagaimana yang dijanjikan.”Yazid bimbang sekiranya Khalid bin Walid terlupa janjinya. Khalid bin Walid tidak menjawab. Dia merenung jauh ke arah padang pasir yang luas terbentang di hadapannya.
“Kisah Walid ada kaitan dengan tempat ini. Saya semakin merinduinya sejak kita menjejakkan kaki ke sini.”Khalid bnin Walid memulakan ceritanya. Menurut Khlaid lagi,kisah itu berlaku semasa perang Badar.” Tentera Islam yang berjumlah 313 orang Berjaya mengalahkan 1,000 orang tentera Quraisy yang dating dari Mekah. Sebanyak 70 orang tentera Quraisy Mekah terbunuh dan 70 orang lagi Berjaya ditawan oleh tentera Islam termasuk Walid, ujar Khalid.”Apa yang terjadi kepada Walid?Adakah dia dibunuh oleh Muhammad?Yazid tidak sabar-sabar ingin tahu.”Muhammad menyuruh tentera Islam melayan semua tawanan dengan baik. Setuasi ini berbeza dengan Abu Lahab dan Abu Jahal yang gemar menyeksa sesiapa sahaja yang mengaku Allah itu tuhan mereka,”jawab Khalid bin Walid dengan panjang lebar.
“Saya dan abang pergi ke Madinah kerana mahu membebaskan adik kami. Kami diminta membayar 4,000 dinar bagi menebus Walid. Semasa dalam perjalanan pulang, kami singgah bermalam di tempat ini.”Khalid berhenti seketika. Dia merenung jauh ke arah padang pasir yang luas.
“Pada waktu malam, Walid melarikan diri lalu kembali semula kepada Muhammad.” Khalid menyambung ceritanya semula.”Mengapa dia lakukan begitu?”Tanya Yazid pula.”Dia menerima layanan baik daripada Muhammad dan sanggup kembali semula ke Madinah supaya dapat terus bersama Muhammad. Dia lebih sayangkan Muhammad daripada saudaranya sendiri,”jawab Khalid bin Walid. Yazid mengangguk tanda mengerti mengapa tempat itu mengingatkan Khalid kepada adiknya.
“Apa yang terjadi selepas itu?”Tanya Yazid lagi.”Muhammad Berjaya mengambil hati Walid. Apabila melihat Walid kembali kepada Muhammad, saya pula mula tertarik hati kepadanya,”jelas Khalid bin Walid.”Ayah saya paling kuat menentang Muhammad. Dia pernah berjumpa dengan Abu Talib yang memelihara Muhammad bagi di tukarkan dengan Muhammad supaya dapat dibunuh. Abu Talid tidak mahu menyerahkan Muhammad. Saya sendiri pernah bertanya kepada ayah, mengapa dia sangat benci kepada Muhammad?” Khalid bin Walid berhenti di situ.
“Apa jawapanya?”
“Ayah saya tidak menafikan ayat-ayat yang dibaca oleh Muhammad dan mengaku agama yang disampaikan olehnya adalah benar. Ayah juga mengaku Muhammad itu rasul, tetpai dia angkuh dan sombong. Dia menganggap dirinya yang layak dipilih menjadi rasul kerana dia lebih kaya dan brpengaruh dalam masyarakat sedangkan Muhammad itu miskin,”terang Khalid lagi.
“BEgitu rupanya.”Sekali lagi Yazid mengangguk-angguk.”Saya tidak nafikan harta kekayaan membuatkan orang selalu terlupa siapa dirinya yang sebenar.”
“Ayah juga pernah mengupah seorang ahli gusti bernama Rukanah bin Abdul Yazid bagi mencabar Muhammad supaya berlawan gusti. Dia brpesan kepada Rukanah supaya membunuh Muhammad dalam pertandingan itu. Ini kerana tiada sesiapa yang menyalahkan Rukanah apabila Muhammad meninggal dunia dalam gelanggang.”Khalid menyambung ceritanya lagi.
”Saya pasti rancangan itu tidak Berjaya kerana Muhammad masih hidup”,ujar. Yazid.
Khalid menggangguk mengiakan kata-kata Yazid.
“Rukanh adala ahli gusti yang handal kerana belum pernah tewas. Muhmmad pula bukan ahli gusti. Secara logiknya, Muhammad pasti dapat ditewaskan dengan mudah. Tetapi saudara tahu apa yang berlaku?” Tanya Khalid kepada Yazid.
“Saya tidak tahu,”jawab Yazid dengn jujur.
“Muhammad Berjaya mengalahkan Rukunh dengan mudah walaupun dia bukn ahli gusti. Itu menunjukkn dia mendapat bntuan daripada Tuhan.” Yazid tidak terkejut mendengar berita iu. Di sudah banyak mendengar cerita mengenai Muhammad walaupun tidak pernah bertemu dengannya.
“Muhammad itu rasul dan saya mahu mejdi pengikutnya.”Yazid bersuara dengan yakin.
“Saya juga mahu menjadi pengikut Muhammad yang setia. Saya harap impian ini tercapi.” Khalid menzahirkan suara hatinya.
“Tuan adalah pahlawan yng hebat. Kedatangan tuan pasti disambut dengan tangan tebuka.”Yzid kurang mengerti makud kata-kta Khalid. “Andaian sauara munkin betul dan mungkin tidak.”balas Khalid. “Mengapa tuan berkata begitu?”Yazid semakin kurang fahm makud kata-kata Khalid.
“Dala masyarakat kami,hutang darah dibayar darah dan hutang nyawa dibayar nyawa. Kami sanggup berperang apabila seorang ahli daripada suku kaum kami dibunuh,”beritahu Khaid.
“Jadi apa kaitannya dengan Muhammad?”Yazid yang bukn berasal dari Mekah masih tidak memahami budaya masyrakat disitu.
“Saya menyebbkan 50 orang pemanah handalan tentera Islam terbunuh dalam perang Uhud. Saya pasti banyak sahabat dan saudara-mara mereka yang berdendam.”Khalid terdiam lagi seperti memikirkan sesuatu.”Tetapi saa ykin dengan sifat-sifat terpuji yang adapada Muhammad”.
“Berdoalah semoga tuan dimaafkan,”ujar Yazid. “Walau apapun yang belaku, saya sudah bersedia menghadapinya.”Khalid bertekad.”Tetapi saya masih berharap kedatangan saya diterima dengan baik.”
“Saya pasti mereka menerima tuan dengan baik.”Yazid memberikan kata-kata yang dapat melegakan hati Khalid. Khalid tesenyum penuh makna. Malam semakin larut. Suasana di padang psir itu semakin sunyi sepi. Sesekali angin malam berhembus perlahan.
“Marilah kita tidur. Esok kita teruskan perjalann semula,”kata Khalid bin Walid. Tidak ada jawapan daripada Yazid. Rupa-rupanya dia sudah terlena. Khalid juga sudah mengantuk. Dia merebahkan diri lalu terlena. Pagi esoknya sebelum matahari terbit, Khalid dan Yazid sudah besiap sedia bgi mneruskan perjalanan ke Madinah
Berita kedatangan Khalid bin Walid sampa kepdapenduduk Madinah.  Mereka menerima berita itu dengan perasaan yang berbelah bahagi.”Khalid bin Walid memusuhi Nabi Muhammad. Mungkin dia dating ke sni kerana mahu membunuhnya.”Abdul Rahim mmbuat tekaan.
“Jangan bimbang kerana Umar bin Khatab sudah memberi jaminan. Dia mahu menentang sekiranya Khalid bin Walid datang dengan niat jahat. Hanya Umar yag standing dengan Khali bin Walid,”kata Abdul Jabar dengan yakin.
“Khalid bin Walid membunuh saudara saya dalam perang Uhud. Saya mahu menuntut bela,”kata seorang lelaki yang tidak dikenali.
“Lebih baik batalkan sahaja hasrat hati saudara itu. Nabi Muhammad pernah berpesan,sesiapa yang memeluk Islam, semua dosanya yang lalu diampunkan. Kita tidak boleh lagi menaruh perasan dendam,”nasihat Abdul Rahim. Walau bagiamanapun, lelaki itu masih tidak berpuas hati. “Khalid bin Walid seroang yang kejam dan tidak pernah menaruh perasaan belas kepda sesiapa. Lagipun,hutang nyawa mesti dibalas nyawa,”katanya
Perbualan mereka terhenti apabila Umar dating.
“Saya bru pulang daripda bertemu Nabi Muhammad. Dia menyuruh saya hebahkan berita gembira kepada saudara sekelian. Khalid bin Walid sudah memeluk slam. Nabi menyuuh kia menganggapnya sebgai saudara. Segala kesalahannya kepada kita selama ini mesti dimaafkan,”Umar dengan wajah berseri-seri.
“Ahamdulillah....Islam pasti bertambah kuat dengan adanya Khaid bin Walid,”ujar Abdul Jabar dengan gembira. Mereka menerima berita itu dengan hati terbuka


AKAN DATANG :3.5 PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM
Aku menulis kerana ALLAH.....MFO..

No comments:

Post a Comment