Saturday, January 22, 2011

KISAH 1.3 KHALID AL WALID


PERJALANAN YANG DIRESTUI


Sebelum pergi ke Madinah, Khalid bin Walid singgah di rumah Ikramah bin Abu Jahal. Sahabatnya itu muncul di muka pintu apabila melihat kedatangan Khalid.”Selamat dayang wahai sahabat, Sila masuk ke dalam rumah,”pelawa Ikramah dengan ramah. Dia begitu berbesar hati menyambut kedatangan Khalid kerana sahabatnya itu sudi menziarahinya di rumah.
            “Silakan duduk wahai sahabatku,”ujar Ikramah dengan mesra. Khalid segera duduk. Wajahnya kelihatan serius seperti ada sesuatu yang sedang bermain dalam fikirannya. Sorotan matanya tajam merenung Ikramah.”Mengapa tidak ikut serta dengan orang ramai di Kaabah tadi?”Tanya Khalid kepada Ikramah.”Saya baru pulang dari berburu. Mengapa orang ramai berkumpul di Kaabah?”Tanya Ikramah kembali.
            Dia berasa hairan melihat perubahan sikap Khalid. Sahabatnya itu tidak gembira seperti selalu.”Saya yang menyuruh orang ramai berkumpul di hadapan Kaabah,”jawab Khalid tanpa memandang kea rah Ikramah.
            “Adakah saudara mahu mengajak kami berperang dengan Muhammad?”Tanya Ikramah pula.
            Khalid tidak segera menjawab pertanyaan Ikramah. Dia sebenarnya kurang senang dengan pertanyaan itu.
            “Saya maklumkan kepada mereka yang saya membenarkan apa yang disampaikan oleh Muhammad. Saya juga mahu pergi ke Madinah bagi bertemu dengan Muhammad,”jawab Khalid. Ikramah terkejut mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan Khalid. Ikramah mengsuap-usap janggutnya.
            “Saudara tidak boleh mengucapkan kata-kata itu.”Tiba-tiba dia bersuara.
            “Mengapa?”Tanya Khalid
            “Muhammad sudah mengaibkan dan menghina tuhan tuhan kita. Dia juga membunuh banyak keluarga kita dalam perang Badar dan Uhud. Ayah saya turut terkorban dalam peperangan Badar. Kita tidak boleh menyokong Muhammad. Dia adalah musuh kita.”Ikramah meyakinkan Khalid.
            “Saudara tidak boleh berfikiran begitu. Saudara masih dibelenggu kesombongan dan kejahilan,”balas  Khalid.”Saya sudah mendapat cahaya kebenaran. Saya tidak akan sekali-kali kembali semula seperti dahulu.”
            Ikramah seperti tidak percaya kata-kata itu diucapkan oleh Khalid bin Walid.
            “Mengapa dia tiba-tiba berubah? Mungkinkah dia sudah terkena sihir Muhammad?”bisik hatinya. Ikramah tidak membalas kata-kata Khalid. Dia masih terkejut dengan perubahan sahabatnya itu.
            “Sesiapa yang memusuhi Muhammad adalah musuh saya. Sesiapa yang bersahabat dengan Muhammad adalah sahabat saya,”ujar Khalid lagi. Dia segera bangun lalu ,meninggalkan Ikramah yang masih termangu. Selepas bertemu Ikramah, dia bertemu pula dengan Amru bin As.
            “Adakah saudara menjadi pengikut Muhammad, wahai Abu Sulaiman?”Tanya Amru kepada Khalid. Abu Sulaiman adalah nama timangan Khalid.
            “Akal saya masih sihat dan fikiran saya masih waras. Saya bukan terkena sihir Muhammad, tetapi saya mendapat petunjuk daripada Tuhan. Muhammad itu nabi-Nya dan saya mahu pergi ke madinah bagi bertemu dengannya.”Khalid berterus terang.
            Amru bin As menundukkan kepalanya apabila mendengar kata-kata Khalid bin Walid. Dia tidak terkejut dan tidak menunjukkan tanda marah. Sikapnya berbeza dengan Abu jahal,Abu Sufian dan Ikramah.”Semoga saudara juga mendapat petunjuk ke jalan yang benar,”kata Khalid apabila Amru hanya berdiam diri.
            “saya juga mahu menjadi pengikut Muhammad. Saudara berangkat dulu ke madinah. Saya menyusul kemudian,”ujar Amru. Khalid tersenyum mendengar kata-kata Amru. Kedua-duanya bersalaman dengan mesra sebelum berpisah.
            “Berhati-hati dalam perjalanan kerana pemimpin Quraisy mahu membunuh saudara,”pesan Amru bin As sambil menepuk bahu Khalid.” Sesiapa yang menghalang saya menemui Muhammad, isterinya pasti menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim,”balas Khalid lagi. Amru bin As tersenyum mendengarnya. Kata-kata Khalid itu sedikit sebanyak dapat memadamkan kebimbangan dalam hatinya.
            “Semoga perjalanan saudara dilindungi Tuhan.” Amru bin As berdoa untuk sahabatnya. Khalid bin Walid menunggang kudanya dengan tenang merentasi padang pasir yang kering-kontang. Dia sengaja tidak memecut kudanya dengan laju kerana member peluang kepada mereka yang memusuhi Muhammad menyekat perjalanannya. Khalid bertekad mahu menentang habis-habisan sesiapa yang cuba menghalangnya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi Muhammad.
            Tiba-tiba kelihatan seorang anak muda sedang memecut kudanya dengan laju. Khalid berhenti lalu bersiap sedia dengan senjata di tangan.
            “Siapa saudara? Adakah saudara disuruh oleh Abu Lahab bagi menghalang perjalanan saya?” Tanya Khalid sebaik sahaja pemuda itu menghampirinya.
            “Bertenang dahulu. Nama saya Yazid. Saya juga mahu pergi ke Madinah bagi bertemu dengan Muhammad,”jawab anak muda itu.
            “Saya harap ini bukan tipu helah saudara yang sengaja mahu memperdayakan saya.”Khalid memberikan peringatan kepada pemuda itu.”Saudara bukannya tandingan saya.”
            “Saya bersumpah tidak menipu tuan. Saya sedar tuan gagah perkasa dan bukan tandingan saya bagi berlawan senjata.”Yazid cuba menyakinkan Khalid. Khalid berasa senang hati lalu menyarungkan pedangnya semula.”Sekiranya begitu, mari kita teruskan perjalanan,”katanya.
            “Tunggu dulu,”kata Yazid.”Saya mahu menyerahkan sesuatu kepada tuan.”Dia mengeluarkan bungkusan lalu menghulurkannya kepada Khalid.”Apa ada di dalam bungkusan itu?”Khalid kehairanan melihat bungkusan itu. Dia berasa ragu-ragu mahu mengambilnya.
            “dalam bungkusan ini ada 20 ribu dinar, Saya dapatkanya daripada Abu Lahab. Saya mahu serahkannya kepada tuan,”jawab anak muda itu. Khalid mengerutkan dahi mendengar kata-kata Yazid,”Saya tidak faham. Lebih baik saudara berterus terang.”
            “Abu lahab menawarkan hadiah kepada sesiapa yang sanggup menghalang tuan daripada tuan daripada berhijrah ke Madinah. Saya Bimbang orang lain menerima tawarannya,”terang yazid.”Oleh itu, saya menawarkan diri dan Abu Lahab memberikan wang ini sebagai upahnya.” Khalid mengangguk angguk sambil tersenyum. Barulah dia faham mengapa Yazid membawa 20 ribu dinar kepadanya.
            “Saudara simpan sahaja wang itu. Saya tidak berhak mengambilnya,’ujar Khalid.”Abu Lahab pasti berdendam dengan saya. Saya tidak akan kembali ke Mekah,”balas Yazid.”Saya mahu menetap di Madinah bersama Muhammad.”
            “Saya juga begitu,”kata Khalid lagi. Dia senang hati mendengar kata-kata Yazid.”Tuan meninggalkan segala kemewahan di Mekah kerana mahu menjadi pengikut Muhammad,”jelas Yazid.”Wang ini tentu berguna.” Yazid memberikan bungkusan itu kepada Khalid.”saudara simpan sahaja wang itu.”Khalid menolak pemberian Yazid.”Saya tidak berminat.” Yazid akur dengan kata-kata Khalid. Dia menyimpan kembali bungkusan itu. Mereka berdua meneruskan perjalanan ke Mekah.
            “Tungganglah kuda saudara dengan tenang,”tegur Khalid apabila melihat Yazid seperti sedang gelisah dan tergesa-gesa.”Tidak perlu terburu-buru kerana tidak ada apa yang perlu ditakutkan.”
            “Saya yakin tidak ada sesiapa yang berani menghalang perjalanan kita kerana tuan gagah perkasa dan berani,”ujar Yazid. Khalid hanya berdiam diri mendengar kata-kata pemuda itu.”Tidak ada lelaki yang sanggup menentang tuan. Sebab itu saya mahu ikut tuan ke Madinah,”jelas Yazid lagi. Khalid memandang Yazid.
            “Benar kata saudara. Tidak ada penduduk Mekah yang sanggup menentang saya, tetapi penduduk Madinah sebaliknya.”
            “Apa maksud tuan?” Tanya Yazid. Dia tidak memahami maksud kata-kata Khalid sebentar tadi.”banyak lelaki yang lebih hebat daripada saya di madinah, antaranya adalah Muhammad. Dia adalah lelaki pilihan tuhan dan tiada siapa yang dapat membunuhnya kerana sentiasa di lindungi oleh tuhan yang maha kuasa.” Khalid menerangkan kepada Yazid.bYazid mula faham maksud Khalid.”itu benar kerana ramai orang tidak Berjaya membunuhnya.”
            “Semasa perang Uhud, angkatan tentera musuh dari mekah Berjaya membunuh pasukan pemanah yang ditempatkan di atas bukit. Tetapi mereka masih gagal membunuh Muhammad. Dia hanya cedera ringan.” Khalid mengimbas kembali situasi semasa perang Uhud.”Tuan di sanjung kerana Berjaya mengalahkan tentera Madinah di Bukit Uhud,”ujar Yazid.”Ramai orang marah apabila tuan berpaling tadah menyokong Muhammad.”
            “Keluarga saya mempunya hubungan rapat dengan Muhammad, tetapi saya tidak menyokongnya kerana nafsu,pangkat dan kekayaan. Saya menjadi gelap mata dan lalu memusuhi Muhammad, tetapi sekarang saya sedar dan mahu menebus semula semua kesilapan itu.”Khalid menyesali dirinya sendiri. Yazid dapat mendengar ada  nada sedih dalam suaranya.
            “Izinkan saya bertanya satu perkara.”Yazid tidak mahu melukakan hati Khalid.
            “Silakan, wahai saudaraku.”Khalid bersedia mendengar pertanyaan Yazid.
            “Apa yang menyebabkan tuan berubah fikiran? Mengapa tuan tiba-tiba menjadi pengikut Muhammad sedangkan sebelum ini tuan begitu memusuhinya?”Yazid benar-benar ingin tahu bagaimana Khalid boleh berubah dengan sekelip mata. Khalid diam seketika seperti sedang berfikir. Dia merenung padang pasair yang luas terbentang saujana mata memandang. Yazid menunggu jawapan Khalid dengan sabar.
            “ada banyak sebab mengapa saya buat begitu.”Kata-katanya terhenti seketika. Bunya desiran angin mengisi kesunyian antara mereka berdua.
            “Saya sudah membuat perbandingan antara peribadi Muhammad dengan Abu Lahab. Muhammad memiliki peribadi mulia yang melayakkan mereka pemimpin. Peribadinya begitu berbeza sekiranya dibandingkan dengan Abu Lahab dan pemimpin yang lain.” Khalid menyambung semula kata-katanya.”Benar kata tuan.”Yazid ,menyokong Khalid.”Muhammad di gelar al-Amin, iaitu orang yang bercakap benar. Semua orang percaya dengan apa yang dikatakan oleh Muhammad selama ini, tetapi ramai yang menentangnya apabila dia bercakap mengenainya.”
            “Mereka menentang bukan kerana apa yang dibawa oleh Muhammad itu tidak benar, tetapi kerana kejahilan dan keegoan yang tinggi. Mereka takut kehilangan pangkat dan kuasa,”jelas Khalid lagi.
            Yazid mengganguk tanda membenarkan kata-kata Khalid. Dalam diam, dia mengagumi pahlawan itu. Sebenarnya gembira apabila Khalid mahu menjadi penyokong Muhammad dan seterusnya berhijrah ke Madinah.”Saya pernah terlibat dalam rancangan membunuh Muhammad,tetapi semuanya gagal. Saya juga terlibat secara lansung dalam perang Uhud, tetapi tentera Islam masih menang walaupun jumlah mereka lebih sedikit berbanding tentera bukan Islam,”ujar Khalid.”Itu semua kerana kuasa tuhan.”
            Hatinya sudah benar-benar tunduk kepada ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Yazid dapat melihat perbezaan peribadi Khalid berbanding dahulu.”Orang Mekah susah hati kerana tuan menjadi pengikut Muhammad. Pemergian tuan ke madinah juga menjejaskan kekuatan mereka. Selama ini suku Bani Makhzum menjadi tulang belakang kekuatan mereka. Bani makhzum menguruskan bekalan senjata dan kenderaan berkuda untuk parajurit apabila berlaku peparangan.”Yazid membalas kata-kata Khalid.”Apabila tuan sudah menyebelahi Muhammad,suku bani Makhzum juga pasti turut serta.”
            “saya lebih suka mereka turut serta,”balas Khalid. Dia sememangnya menjadi kebanggan suku bani Makhzum. Sejak kecil lagi, Khalid sudah bercita-cita mahu menjadi pahlawan Quraisy. Dia lebih berminat mempelajari ilmu peperangan berbanding ilmu perniagaan.”Muhammad pasti semakin kuat dengan adanya pengikut seperti tuan,”ujar Yazid.”selain perang Uhud,tentera Quraisy juga pernah tewas dalam perang Badar.”Kekalahan dalam perang Badar membuatkan saya rasa terhina. Muka saya seperti dipalit dengan najis.”Khalid menyatakan perasaannya ketika itu.”Saya membuat persiapan bagi menghadapi perang Uhud. Saya juga bertekad memimpin tentera Quraisy ke medan Uhud sama ada hidup ataupun mati.”
            “Bagaimana keadaannya semasa perang Uhud?”Tanya Yazid. Khalid memandang Yazid.”saudara tidak tahu mengenai perang Uhud?”Tanya Khalid kembali.
            “maafkan saya, saya tidak berada di Mekah semasa perang Uhud,”terang Yazid. Khalid bin Walid diam seketika, manakala Yazid menunggu dengan sabar.
            “Orang-orang Islam mengambil tempat membelakangi Bukit Uhud dalam perang Uhud.”tiba-tiba Khalid bersuara kembali.”itu satu strategic yang bijak kerana di Bukit uhud terdapat satu laluan genting. Muhammad menempatkan 50 orang pemanah terbaik bagi menjaga laluan itu. Baginda berpesan kepada mereka supaya tidak meninggalkan kedudukan walau apapun yang terjadi,”sambung Khalid bin Walid lagi.
            “Apa yang terjadi?”Tanya Yazid ingin tahu.
            “tentera Islam Berjaya mengucar-kacirkan tentera Quraisy pada awal pertempuran. Kami lari bertempiaran dan banyak yang terkorban,tetapi saya Berjaya mengumpulkan semula pasukan dan merancang mahu membuat serangan balas,”terang Khalid.”Bagaimana tuan dapat lakukan semua itu?” yazid hairan mendengar kata-kata Khalid. Setahunya apabila tentera Islam sudah Berjaya mengucar-ngacirkan pihak musuh,kemenangan sudah tentu menjadi milik mereka.
            “Kesempatan itu dating apabila pasukan pemanah di Bukit uhud meninggalkan kedudukan mereka kerana tamakkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh tentera Quraisy. Semasa itu saya memimpin tentera lalu menyerbu melalui laluan genting. Tentera Quraisy kembali bersatu menyusun semula kekuatan dan menyerang  tentera islam apabila Berjaya menguasai laluan genting itu,”ujar Khalid dengan panjang lebar. Dia berbesar hati menceritakan mengenai perang Uhud kerana itulah yang menjadi kebanggannya ketika itu. Tidak ada yang lebih bererti baginya melainkan kemenangan yang dinikmati oleh tentera Quraisy. Kemenangan itu juga meningkatkan kemasyuran namanya sebagai pahlawan perang.
            “Tuan adalah panglima yang bijak, saya juga mahu jadi seperti  tuan,”puji yazid selepas mendengar cerita Khalid bin walid.”saudara juga anak muda yang hebat kerana Berjaya memperdayakan Abu lahab dan berani mengiringi perjalanan saya ke madinah.”Khalid bin Walid membalas pujian anak muda itu.”Terima kasih.”Yazid tersenyum. Hatinya berbunga mendengar pujian Khalid. Dia berasa bangga kerana pahlawan yang dikaguminya itu memuji dirinya.
            “Saya mengagumi tuan kerana sudah banyak mendengar cerita mengenai tuan,”ujar Khalid.”sekiranya tidak keberatan, saya ingin tahu riwayat hidup tuan.” Khalid tidak keberatan menceritakanya.”Semasa kecil, saya dihantar kepada puak Badwi yang tinggal di gurun.”
            “Mengapa pula begitu?”yazid tidak memahami mengapa keluarga Khalid bin Walid memperlakukan begitu.”itu adalah tradisi kaum Quraisy. Anak yang baru lahir perlu diserahkan kepada keluarga angkat bagi diperlihara dan didikan sehingga remaja.”Khalid menghuraikan kekeliruan yang terdapat dalam fikiran Yazid. Yazid mengangguk. Dia membiarkan Khalid meneruskan ceritanya.
            “Keluarga angkat saya tinggal di gurun yang panas dan kering. Suasana gurun begitu serasi dengan saya sehingga membuatkan saya mencintai dan merasakan gurun itu adalah kehidupan saya,”beritahu Khalid lagi.
            “Jadi...tuan sudah biasa hidup di gurun?”Tanya yazid.
            “benar.”Khalid mengiakan kata-kata Yazid.
            “Saya dikembalikan kepada kedua ibu bapa di Mekah selepas mencapai umur enam tahun. Ketika itu saya sudah diajar menunggang kuda sehingga mahir,”cerita Khalid.”Saya juga diajar menggunakan semua jenis senjata.”
            “Tidak hairanlah sekiranya hari ini tuan menjadi pahlawan yang hebat.”Sekali lagi yazid memuji Khalid.”Saya tidak sehebat mana sekiranya dibandingkan dengan Muhammad.”Khalid bin Walid merendah diri.”Tuan meniggalkan kekayaan yang diwarisi daripada ayah tuan. Tuan juga meninggalkan pangkat dan penghormatan yang diberikan oleh kaum Quraisy. Tuan tidak menyesal melakukan semua itu?”Yazid sengaja mahu menduga ketetapan hati Khalid.”Kekayaan dan pangkat akan tinggal di dunia apabila saya meninggal dunia, tetapi apa yang saya dapat selepas jadi pengikut Muhammad pasti berkekalan sehingga hari akhirat.”jawab Khalid dengan lancar.
            Yazid tdak membalas lagi. Dia sudah melihat perubahan yang begitu ketara pada pahlawan itu selepas menjadi pengikut Muhammad. Khalid bin Walid kini bukan lagi seorang yang suka bermegah dan bangga diri. Mereka berdua meneruskan perjalanan sebelum berhenti di lembah yang terletak antara Mekah dan madinah.”Kita berehat di sini dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke madinah pada esok hari.”Khalid berpendapat tempat itu sesuai bagi mereka bermalam dan merehatkan badan.”Saya menurut sahaja apa kata tuan.”Yazid tidak membantah.

Akan datang : DI SINI TUMPAHNYA KASIH
Aku menulis kerana ALLAH.....MFO..

No comments:

Post a Comment